*P/s: jom ramai2 tgk job bru aku . .

Sunday, December 25, 2011

oh wanita!!!


DEFINISI TABARRUJ

Tabarruj dari segi bahasa
Dikatakan Tabarruj sebagai wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki-laki. Wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Tabarruj dari segi istilah
Menurut istilah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim. Termasuk orang yang mengenakan cadar (purdah), di mana seorang wanita membungkus wajahnya, apabila warna-warnanya terlala menarik perhatian dan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj orang jahiliyah terdahulu.


Jadi, apakah kewujudan blog-blog fesyen, penjualan pelbagai jenis tudung di pasaran kini dan keghairahan wanita-wanita Islam kita berhabis duit membelinya adalah suatu yang patut dibanggakan ? Penulis melihat bahawa tudung biasa sudah cukup dan sesuai untuk menutup aurat rambut dengan kesederhanaan dan kesopanan. Sebaliknya, apa yang dapat dilihat sekarang adalah amalan bertudung kerana mengejar peredaran fesyen di samping dengan sengaja menunjukkan kecantikan dan keayuan diri kepada insan sekeliling yang salah satunya agar dilihat menarik pada pandangan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai sengaja mempamerkan perhiasan diri sehingga membangkitkan nafsu lelaki bukan muhrim yang dianggap Tabarruj.

Tabarruj itu satu dosa bukan main-main.

Bagi penulis, golongan yang tidak bertudung perlu ditegur, yang bertudung secara tidak sempurna pun perlu ditegur sama rata.

oh cerita melayu!!

Sejak dua menjak ini, semakin hari ak tgk tv semakin skit kepale aku tgk tv nie.. bukan salah tv..
Erm banyak cerita-cerita yang ak tgk yg ditayangkan dalam tv ni. Tidak ak nafikan semua cerita itu ad kelebihannya, sang penerbit mereka cerita tersebut degan niat untuk menasihat dan sebagai pedoman pada sang penonton. Tapi yang ak bengang nye bila time belakon nie. xmelambangkkan ape yg hendak disampaikan.

Dengan kata yang lain, ia bagai menghina agama aku. iaitu islam. Aku sedar aku bukan nya baik sangat tapi jangan sanggup jadi pengkhianat agama sendiri dengan persendakkan agama sendir. sebagai contohnya, ad satu cerita yang ak tgk ni, aty aku memang la teramat sakit bila dalam tv, media beliau nie terkenal sebagai seorang yang telah "KEMBALI" ke pangkal jalan.

ALHAMDULLILAH..

Terbuka juga pintu hatinya untuk berubah, sejak "dia" kembali ke pangkal jalan nie sidia banyak menjadi buah bicara dan menghiasi cerita atau segmen islamic. Tetapi dalam cerita lakonna terbaru beliau nie beliau dengan watak muslimah nya. Tidak dinafikkan ceritanya amat memberi kesan yang amat mendalam. TETAPI kenapa die masih tidak menjaga batas pergaulan dia lagi. Masiih mengizinkan untuk disentuh.. pelik2... pelik... semoga sidia mendapat rahmat dan petunjukan DariNya.. insyaALLAH.. Jazakallah..