*P/s: jom ramai2 tgk job bru aku . .

Sunday, December 25, 2011

oh wanita!!!


DEFINISI TABARRUJ

Tabarruj dari segi bahasa
Dikatakan Tabarruj sebagai wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki-laki. Wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Tabarruj dari segi istilah
Menurut istilah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim. Termasuk orang yang mengenakan cadar (purdah), di mana seorang wanita membungkus wajahnya, apabila warna-warnanya terlala menarik perhatian dan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj orang jahiliyah terdahulu.


Jadi, apakah kewujudan blog-blog fesyen, penjualan pelbagai jenis tudung di pasaran kini dan keghairahan wanita-wanita Islam kita berhabis duit membelinya adalah suatu yang patut dibanggakan ? Penulis melihat bahawa tudung biasa sudah cukup dan sesuai untuk menutup aurat rambut dengan kesederhanaan dan kesopanan. Sebaliknya, apa yang dapat dilihat sekarang adalah amalan bertudung kerana mengejar peredaran fesyen di samping dengan sengaja menunjukkan kecantikan dan keayuan diri kepada insan sekeliling yang salah satunya agar dilihat menarik pada pandangan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai sengaja mempamerkan perhiasan diri sehingga membangkitkan nafsu lelaki bukan muhrim yang dianggap Tabarruj.

Tabarruj itu satu dosa bukan main-main.

Bagi penulis, golongan yang tidak bertudung perlu ditegur, yang bertudung secara tidak sempurna pun perlu ditegur sama rata.

No comments:

Post a Comment